Monday, May 16, 2011

Coklat!

Pengenalan

Coklat diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, bermakana ia mengandungi banyak manfaat daripada sayur-sayuran yang berwarna gelap. Antara kebaikan coklat yang diperoleh daripada tumbuhan adalah flavonoids yang bertindak sebagai anti-oksidan dan melindungi tubuh daripada penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas. Flavonoids juga membantu merehatkan tekanan darah menerusi penghasilan nitric oxide dan mengimbangkan hormon tertentu di dalam badan.


Kebaikan Coklat Untuk Jantung

Coklat bagus untuk jantung. Satu bar coklat setiap hari boleh membantu sistem kardiovaskular dan jantung anda berjalan dengan lancar. Dua kebaikan coklat untuk jantung adalah :-
  • menurunkan tekanan darah
  • menurunkan kolestrol

Lain-lain Kebaikan Coklat
  • Keenakan rasanya
  • Merangsang penghasilan endorphin yang memberi rasa seronok
  • Mengandungi serotonin yang bertindak sebagai anti-kemurungan
  • Mengandungi theobromine, caffein dan bahan-bahan lain yang bertindak sebagai perangsang.

Coklat Mengandungi Lemak?
Berita baik - terdapat lemak di dalam coklat yang tidak memberi kesan terhadap kolestrol.

No comments:

Post a Comment