Sunday, June 12, 2011

Chocolate Box!









Kotak coklat ini sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, cenderahati perkahwinan atau pertunangan, cenderahati majlis dan sebagai hadiah untuk kawan-kawan. Di dalam kotak ini diisi dengan coklat kaviti yang berinti kacang badam, kismis dan sebagainya. Kotak coklat ini boleh diwarnakan mengikut tema warna majlis anda. Tempahlah sekarang!

Monday, May 16, 2011

Lolipop Coklat!


Coklat lolipop ini mempunyai pelbagai imej kartun seperti Ultraman, Spiderman, Transformers, Upin & Ipin, Barbie, Doraemon, Pooh, Mickey Mouse, Ben 10 dan Power Puff Girl. Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati untuk kanak-kanak.

Selain itu, coklat lolipop ini juga boleh dilekatkan dengan imej pasangan pengantin dan dijadikan sebagai cenderahati semasa majlis perkahwinan. Tempahlah sekarang kerana harga sangat berpatutan!

Coklat!

Pengenalan

Coklat diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, bermakana ia mengandungi banyak manfaat daripada sayur-sayuran yang berwarna gelap. Antara kebaikan coklat yang diperoleh daripada tumbuhan adalah flavonoids yang bertindak sebagai anti-oksidan dan melindungi tubuh daripada penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas. Flavonoids juga membantu merehatkan tekanan darah menerusi penghasilan nitric oxide dan mengimbangkan hormon tertentu di dalam badan.


Kebaikan Coklat Untuk Jantung

Coklat bagus untuk jantung. Satu bar coklat setiap hari boleh membantu sistem kardiovaskular dan jantung anda berjalan dengan lancar. Dua kebaikan coklat untuk jantung adalah :-
  • menurunkan tekanan darah
  • menurunkan kolestrol

Lain-lain Kebaikan Coklat
  • Keenakan rasanya
  • Merangsang penghasilan endorphin yang memberi rasa seronok
  • Mengandungi serotonin yang bertindak sebagai anti-kemurungan
  • Mengandungi theobromine, caffein dan bahan-bahan lain yang bertindak sebagai perangsang.

Coklat Mengandungi Lemak?
Berita baik - terdapat lemak di dalam coklat yang tidak memberi kesan terhadap kolestrol.